Monday, February 15, 2010

Kek Butter Oren

Kek ni untuk staf pejabat tempat kerja,saja buat untuk makan-makan.Depa ni kerja banyak,kalau fikir kerja aje boleh tension.Sekali-sekala seronok2,apa salahnya.Kek ni kek Butter Oren topping BC,berwarna-warni bagi ceria sikit.

Tart

Order dari Kak Pah,regular customer.Tart Blueberi Cheese ni untuk hantaran anak saudaranya.Semoga berpuas hati ,terima kasih Kak Pah.

Kek BC Hantaran

Kek Butter ni order dari Kak Nab,staf di Hospital untuk hantaran pertunangan anak kawan katanya.Sori gambar blurr sikit, nak cepat pasal tergesa-gesa nak pi hantar kat rumahnya.Sebenarnya Kak Nab nak bawa
kek ni ke Melaka,takut bunga aising jadi cair so terpaksa letak bunga ready made.Itu pasal tak berani nak hias lebih-lebih,semuanya pasal takut krim aising lembik.Harap kek ni tak terjejas ye bila sampai disana.Terimakasih Kak Nab.

CMC

Kek CMC ni di tempah oleh Dr.Zarina.Harap Dr. berpuas hati ye,first time order,jika ada terkurang dimana-mana harap bagi tau ye!Kek CMC ni topping dengan chocolate rice, buat makan-makan sempena cuti panjang (Tahun Baru Cina).Terimakasih Dr. Zarina.

Tart Blueberi dan Strawberi Cheese

Order datangnya dari Arnie Harniza ,staf Unit OS telah meng'order' tart Blueberi dan Strawberi Cheese untuk acara makan-makan dengan family.First time order ni,macam mana?Sedap tak??Kalau sedap order lagi...Terima kasih Arnie.

Kek Fondant Hantaran

Kak Maznah order Kek Fondant ni untuk hantaran anak jirannya,dia tak kisah design apa pun.So inilah hasilnya,penat juga nak menyiapkan sebiji kek ni ,tapi Kak Maznah berpuas hati.Di dalamnya adalah kek buah.Kek Fondant ni adalah kek yang tahan lasak untuk perjalanan jauh walau dalam cuaca yang panas terik sekarang ni.Terima kasih sekali lagi.

Tart Door Gift

Tart Door Gift lagi...kali ni order dari Kak Jalilah kawan sekerja,50 biji tart Blueberi Cheese dan Tart Buah.Tak pasti ini untuk acara apa tapi apa pun terimakasih bebanyak ye!

Oreo Cheesecake

Oreo Cheesecake topping Blueberi dan buah Strawberi order dari Wan Azri khas untuk sambutan harijadi isterinya.Harap berpuas hati dengan kek ni.Okay, terimakasih daun keladi ye !!!

Tart Blueberi Cheese

Tart ni order dari Lizawati ,staf di tempat kerja.Katanya untuk jamuan makan petang di rumahnya.Kak Maznah juga order tart ni ,30 biji untuk hantaran anak kawannya.Ada lagi.....sebelum tu Sis Yati dan Sharifah Zaharah  dari unit OS turut order Tart Buah sebanyak 50 biji semua.Gambar tak sempat nak ambil tapi terimakasih banyak2 ye kepada semua yang meng'order'.