Monday, March 15, 2010

Kek Harijadi

Order dari Linda ,kawan sekerja nak meraikan birthday anaknya.Kek Coklat Moist topping BC,kanak-kanak memang suka kalau dapat kek yang ada gambar2 apatah lagi gambar diri sendiri.Anyway terimakasih Linda kerana meng'order' ye!

Cupcakes Fondant


Cupcakes Fondant 25 biji, kek cmc ini tempahan dari Siti dari Pejabat Rekod.Siti nak pelbagai design jadi ini lah yang dapat dibuat,ambil masa panjang juga nak menyiapkan ni.Apa-apa pun terimakasih banyak diatas semua tempahan .Selamat Pengantin Baru.

Kek Kahwin

Siti juga menempah kek Fondant untuk majlis kahwin nya dan  Tart Blueberi Cheese sebanyak 100 biji.Gambar Tart memang tak sempat nak ambil sebab nak deliver cepat.Semoga berpuas hati.

Kek Butter Oren

Kek Butter ni di order oleh Pejabat Dental untuk sambut harijadi 3 orang stafnya sekali.Sebenarnya kek ni last minit punya order jadi design pun kelam kabut sikit,gambar pun blurr .Apa taknya bila tengok jam pukul 3 pagi, mata pun dah berpinar-pinar.Bagaimanapun terimakasih dan harap2 berpuas hati ye.Sebelum tu Marsita dari Pejabat Rekod telah meng'order' 2 biji Kek Butter plain,gambar tak sempat ambil lah,ok terimakasih ye Marsita.

Cupcakes Kartun

Second order dari Abby,dia nak cc design kartun untuk murid-murid Taska sebanyak 30 biji.Nak sambut harijadi anaknya di situ ,cc ni adalah kek cmc topping bc deko kartun dengan piping jelly.Abby nak kartun Garfield dan Doraemon ,harap2 jadi le muka Garfield tu ye.Terimakasih sekali lagi Abby.

Kek CMC

Kek coklat moist ni di order oleh Abby untuk acara makan-makan bersama family.Kek ni berat 1/2 kg topping dengan coklat rice,diharap berpuas hati ye! Terimakasih Abby.

Cupcake Hantaran

Order datang dari Makcik Anom untuk hantaran kahwin anak jirannya.Cupcake cmc 16 biji topping Bc ini adalah tempahan cupcake yang pertama.Jadi design tu tak berapa menarik,kene practice banyak lagi tapi Cik Anom berpuas hati.Terimakasih Cik Anom.

Tart Hantaran


Tart Blueberi Cheese ni second order dari Makcik Wan sebagai hantaran kahwin anaknya sebanyak 30 biji. Terimakasih ye.