Showing posts with label Kek Butter. Show all posts
Showing posts with label Kek Butter. Show all posts

Saturday, September 18, 2010

Tart Door Gift & Kek Kahwin 2 tier

Tart Door Gift sebanyak 200 biji untuk tetamu ini ditempah oleh Suria untuk perkahwinan adiknya. Suria juga telah menempah Kek Fondant 2 Tier, dalamnya kek butter.Berbanyak terimakasih kepada Suria kerana percaya pada Ida,okay.

Kek Hantaran


Kek Butter ini diorder oleh jiran, Kak Rosnah untuk hantaran pertunangan anak saudaranya di Penang.Terimakasih ye!

Kek Butter

Second order dari Kak Shidah,my neighbour.Kek Butter plain untuk acara makan2 ngan keluarga.Trimakasih ye!!

Friday, September 17, 2010

Kek Padang Bola

Kek Butter Oren ini ditempah oleh Fazidah untuk anaknya. Dia minta design padang bola, beratnya 2 kilo.Usaha dia datang ke rumah nak order kek ni ,terimakasih banyak2 Fazidah.

Monday, April 26, 2010

Kek Kahwin 2 tier


Kek 2 tier ini diorder oleh Rosmini dan Kak Noraishah,khas untuk Miza yang telah melangsungkan perkahwinannya.Pertama kali mendapat tempahan kek 2 tingkat, ini adalah kek butter.Dapat pujian dari mak pengantin, katanya kek sedap,lega rasanya.Ok,terimakasih atas tempahan itu.

Monday, March 15, 2010

Kek Butter Oren

Kek Butter ni di order oleh Pejabat Dental untuk sambut harijadi 3 orang stafnya sekali.Sebenarnya kek ni last minit punya order jadi design pun kelam kabut sikit,gambar pun blurr .Apa taknya bila tengok jam pukul 3 pagi, mata pun dah berpinar-pinar.Bagaimanapun terimakasih dan harap2 berpuas hati ye.Sebelum tu Marsita dari Pejabat Rekod telah meng'order' 2 biji Kek Butter plain,gambar tak sempat ambil lah,ok terimakasih ye Marsita.

Monday, February 15, 2010

Kek Butter Oren

Kek ni untuk staf pejabat tempat kerja,saja buat untuk makan-makan.Depa ni kerja banyak,kalau fikir kerja aje boleh tension.Sekali-sekala seronok2,apa salahnya.Kek ni kek Butter Oren topping BC,berwarna-warni bagi ceria sikit.

Kek BC Hantaran

Kek Butter ni order dari Kak Nab,staf di Hospital untuk hantaran pertunangan anak kawan katanya.Sori gambar blurr sikit, nak cepat pasal tergesa-gesa nak pi hantar kat rumahnya.Sebenarnya Kak Nab nak bawa
kek ni ke Melaka,takut bunga aising jadi cair so terpaksa letak bunga ready made.Itu pasal tak berani nak hias lebih-lebih,semuanya pasal takut krim aising lembik.Harap kek ni tak terjejas ye bila sampai disana.Terimakasih Kak Nab.

Tuesday, January 19, 2010

Kek Kahwin


Kek hantaran topping buttercream ini adalah kek butter.Kek ni saya buat masa belajar dengan Cikgu Lina.Kalau ada sapa2 yang nak buat hantaran kahwin atau tunang amat sesuai sekali.Kek di dalam pun sedap.

Cupcake Padang Bola


Cupcake Tema Pasukan bola Chelsea ni adalah pilihan Faris Helmiezan juga sempena harijadinya.Kek ni adalah kek butter.

Thursday, December 31, 2009

Jamuan Makan


Kek untuk jamuan makan di tempat kerja, meraikan harijadi staf.Sekali - sekala,apa salahnya.