Showing posts with label Kek Harijadi. Show all posts
Showing posts with label Kek Harijadi. Show all posts

Sunday, September 19, 2010

CMC Harijadi

Second order dari Kak Rosnah,kek coklat moist 1 1/2 kilo untuk harijadi anaknya .Katanya nak buat sambutan di Tadika,order last minit ni..Apa2 pun terimakasih banyak2.

Saturday, September 18, 2010

Kek Patrick Star

Kek ini telah diorder oleh Zah dari Pejabat Rekod untuk harijadi anaknya. Kek ini ialah kek CMC,sebelum ini adiknya telah order kek Sponge Bob sekarang abangnya pula nak kek Patrick Star. Okay le,apa2 pun terimakasih bebanyak ye.Wombo!!

Saturday, July 17, 2010

Kek Sponge Bob

Kek CMC ini telah diorder oleh Azizah ,Staf Pejabat Rekod untuk anaknya. Dia minta lukis kartun apa-apa pun boleh.Masa tu terlintas di fikiran watak kartun Sponge Bob,jadi inilah hasilnya.Terimakasih ye!

Monday, March 15, 2010

Kek Harijadi

Order dari Linda ,kawan sekerja nak meraikan birthday anaknya.Kek Coklat Moist topping BC,kanak-kanak memang suka kalau dapat kek yang ada gambar2 apatah lagi gambar diri sendiri.Anyway terimakasih Linda kerana meng'order' ye!

Kek Butter Oren

Kek Butter ni di order oleh Pejabat Dental untuk sambut harijadi 3 orang stafnya sekali.Sebenarnya kek ni last minit punya order jadi design pun kelam kabut sikit,gambar pun blurr .Apa taknya bila tengok jam pukul 3 pagi, mata pun dah berpinar-pinar.Bagaimanapun terimakasih dan harap2 berpuas hati ye.Sebelum tu Marsita dari Pejabat Rekod telah meng'order' 2 biji Kek Butter plain,gambar tak sempat ambil lah,ok terimakasih ye Marsita.

Tuesday, January 19, 2010

Cupcake Padang Bola


Cupcake Tema Pasukan bola Chelsea ni adalah pilihan Faris Helmiezan juga sempena harijadinya.Kek ni adalah kek butter.

Kek harijadi



Kek ni ialah kek span,di dalamnya strawberry filling khas untuk si kecik yang bernama Shazaliana sempena harijadinya.Dia ni suka sangat buah strawberry dan gambar kartun Powerpuff Girls.Layan je...